Sunday, March 31, 2019

Dunia buku telah berubah


Dunia semakin digital. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran kenyataan ini. Tapi hakikatnya sudah mula terasa. E-Book ataupun buku digital kini semakin mengukuhkan pasarannya. Walaupun pasaran buku dalam media elektronik ini belum mampu menggugat pasaran buku bercetak, ianya kini sesuatu yang mula mendapat tempat dikalangan pembaca.

Apakah eBook?
Secara mudahnya, ia sama dengan buku bercetak yang menggunakan kertas, tetapi dalam bentuk digital. Lazimnya dalam  format portable document files (pdf). Beza antara buku scan dan ebook adalah mudah.Buku scan asalnya sebuah buku fizikal, tetapi di imbas untuk mewujudkan salinan elektroniknya.

Bagi e-Book pula, buku itu tidak pernah diterbitkan secara fizikal, tapi 100% diterbitkan secara digital sahaja. Lazimnya apabila menyebut tentang eBook, setakat ini yang berada di pasaran adalah eBook yang merupakan panduan untuk melakukan sesuatu perkara dalam topik tertentu.
Walaupun eBook dalam Bahasa Inggeris telah lama wujud dan mempunyai pasaran yang meluas, dalam Bahasa Melayu pula kategori ini baru mula bertapak. Pada usia ‘hijau’, dan bilangan judul yang tak seberapa, sambutan amat menggalakkan. Terutamanya dalam topik berkaitan internet, kerjaya dan keusahawanan.

Pada laman blog ini, terdapat pelbagai jenis eBook yang ditulis oleh pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya adalah Dr HM Tuah Iskandar a—Haj iaitu pakar motivasi yang tidak asing lagi dan juga beberapa lagi penulis-penulis hebat ini.

Mudah-mudahan eBook-eBook yang ditawarkan di sini akan memberi manfaat yang hebat dalam kemahiran dan pengetahuan yang anda cari-cari selama ini.

No comments:

Post a Comment